Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPUTUSAN DBKL LARANG JUALAN ARAK ADALAH MUKTAMAD – ANNUAR MUSA

DALAM NEGARA

KEPUTUSAN DBKL LARANG JUALAN ARAK ADALAH MUKTAMAD – ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR: Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melarang semua kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat tradisional Cina menjual arak adalah muktamad.

Perkara itu ditegaskan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa melalui ciapan di akaun Twitter rasminya,

“Keputusan DBKL tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 adalah muktamad,” katanya.

Baru-baru ini DBKL memuktamadkan Garis Panduan dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras.

Garis panduan terbaharu itu menetapkan kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur tidak dibenarkan menjual minuman alkohol bermula 1 Oktober tahun hadapan.

Bagaimanapun penjualan alkohol bagi tujuan ubatan tradisional masih dibenarkan.

Selain itu, pemohon atau pemegang lesen hanya dibenarkan kepada orang bukan beragama Islam.

Antara syarat lain ialah premis perniagaan menjual minuman keras yang memabukkan tidak dibenarkan beroperasi berhadapan dengan balai polis, rumah ibadah, sekolah dan hospital.

Maklumat lanjut berhubung garis panduan minuman keras oleh DBKL itu boleh dirujuk di https://elesen.dbkl.gov.my. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Shah

    19 November 2020 at 4:06 PM

    Good!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading