KEPUTUSAN KES PENGABAIAN ZAYN RAYYAN DIKETAHUI ESOK
Keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dipanggil membela diri atau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal akan diketahui esok.
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dipanggil membela diri atau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal akan diketahui esok.
Hakim Dr Syahliza Warnoh dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.
Sekiranya mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Ismanira dan Zaim Ikhwan, maka mereka akan dipanggil membela diri, jika sebaliknya kedua-dua tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Pada 24 April lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan yang bermula pada 4 Februari lepas.
Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah individu pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan, iaitu Faizul Najib Abd Munaim, Auni Afiqah Abas yang juga pengasuh Zayn Rayyan, pakar perubatan perunding forensik Dr Rohayu Shahar Adnan, tiga pegawai penyiasat serta dua saksi kanak-kanak berusia 10 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh yang mewakili kedua-dua tertuduh.
Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 30 tahun didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests