Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPUTUSAN UPKK 2023 DIUMUM 18 APRIL INI

DALAM NEGARA

KEPUTUSAN UPKK 2023 DIUMUM 18 APRIL INI

Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan diumumkan pada 18 April ini.

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 akan diumumkan pada 18 April ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Beliau berkata ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon pada hari berkenaan (Khamis) bermula 12 tengah hari menerusi beberapa platform.

“Calon boleh menyemak melalui laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan nombor MyKad dan nombor angka giliran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKKnombor MYKadnombor angka giliran dan hantar ke 15888, katanya.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2023 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 19 April, 9.30 pagi. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading