PEMANDU KERETA LANGGAR MATI WARGA PAKISTAN MENGAKU BERSALAH AMBIL DADAH
Pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar mati tiga warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri Rabu lepas, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini.
Pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar mati tiga warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri Rabu lepas, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret hari ini. –fotoBERNAMA
TELUK INTAN: Pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar mati tiga warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri Rabu lepas, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mohd Azizol Abd Rasheed, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T. Ashvinii.
Pembantu kedai makanan itu didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis Tetrahydro-Cannabinol (THC) ke dalam diri sendiri dengan cara menyalahi undang-undang di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dekat sini, kira-kira 7.45 malam pada 10 April lepas.
Mohd Azizol didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Pindaan 2003) dan dibaca bersama Seksyen 38B (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya R. Rishan Kumar menawarkan jaminan RM8,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain memaklumkan tertuduh telah direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Faustina Francis yang mewakili Mohd Azizol merayu supaya jaminan minimum dikenakan atas alasan tertuduh menanggung ibunya.
Majistret kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan dua penjamin, selain syarat tambahan lelaki itu perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua minggu sekali dan menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan patologi.
Terdahulu, di mahkamah yang sama, empat lelaki warga Pakistan berumur antara 24 tahun hingga 49 tahun, yang didakwa memukul Mohd Azizol menerusi video yang tular dalam laman sosial sebelum ini direman empat hari hingga Isnin.
Majistret membenarkan permohonan pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Dua hari lepas, media melaporkan hajat enam warga Pakistan untuk mengerjakan solat Aidilfitri tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan – Bidor di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pukul 8.10 pagi itu, kesemua mangsa sedang berjalan ke masjid berdekatan apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah terbabas dan melanggar pejalan kaki berkenaan.
Semalam, media melaporkan polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta terbabit susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di lokasi kejadian. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests