Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEPUTUSAN UPKK 9 MAC INI

DALAM NEGARA

KEPUTUSAN UPKK 9 MAC INI

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis).

Datuk Hakimah Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis).

Ujian berkenaan tahun ini diduduki lebih 200,000 pelajar yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, keputusan UPKK boleh disemak melalui tiga kaedah bermula jam 4 petang Khamis ini.

“Kaedah pertama ialah melalui semakan atas talian di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

“Keputusan juga boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKK<jarak>No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, slip keputusan penuh juga boleh didapatkan di sekolah masing-masing mulai jam 9.30 pagi pada 10 Mac 2023. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading