KERAJAAN AKAN BUAT KEPUTUSAN ISU BEKALAN BERAS PETANG INI – PM
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga akan berbincang mengenai inisiatif penjualan barangan keperluan lain termasuk ikan, ayam, daging dan sayur pada harga yang lebih murah.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat keputusan mengenai isu bekalan beras selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) petang ini.
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga akan berbincang mengenai inisiatif penjualan barangan keperluan lain termasuk ikan, ayam, daging dan sayur pada harga yang lebih murah.
Beliau berkata sebarang pengumuman harga barangan terutama melibatkan beras, mestilah datang daripada kerajaan walaupun ada beberapa pihak lain yang mengemukakan cadangan.
“Ini negara demokrasi, boleh (beri cadangan)… tetapi ia bukan merupakan keputusan kerajaan. Kerajaan akan buat keputusan (mengenainya) petang ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Tun Razak Exchange sebagai hab kewangan antarabangsa Malaysia, hari ini.
Sebelum ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.
Mohamad berkata sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat, mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata isu peletakan jawatan tiga pegawai kanan pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sedang dikendalikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurutnya Mohamed Khaled kemudiannya akan melaporkan perkara itu kepada Jemaah Menteri.
Tiga pegawai kanan pengurusan LTAT telah meletakkan jawatan sejak sebulan lalu terdiri daripada Ketua Eksekutif Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman, Pengerusi Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengarah Kanan Strategi Dayana Rogayah Omar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked