KERAJAAN CADANG GUBAL 11 UNDANG-UNDANG SYARIAH

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk meminda dan menggubal 11 undang-undang syariah peringkat Persekutuan dalam usaha untuk memperkasakan undang-undang syariah khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pelan pemerkasaan itu akan melibatkan penggubalan empat akta baru dan pindaan tujuh akta sedia ada.

“Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada pelan pemerkasaan tersebut.

“Selain daripada pindaan kepada Akta 355, melalui pelan pemerkasaan tersebut juga kerajaan telah dalam proses untuk menggubal beberapa undang-undang syariah baharu termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Wakaf, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.

Kata Ahmad Marzuk, enam lagi akta sedia ada yang akan dipinda ialah RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam, RUU Kesalahan Jenayah Syariah, RUU Keluarga Islam, RUU Tatacara Jenayah Syariah, RUU keterangan Mahkamah Syariah, dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah.

“Saya yakin ramai yang mahu bersama memartabatkan undang-undang Syariah di Malaysia.

“Bantu saya sampaikan maklumat ini dengan kongsikan poster ini seluas-luasnya,” katanya.

May be an image of 1 person and text that says "Roadmap Pelan Pemerkasaan UNDANG- UNDANG-UNDANG SYARIAH PERINGKAT PERSEKUTUAN SEHINGGA TAHUN 2025 4Akta Baru: 1 RUU WAKA 2 3 RUU MAHKAMAH SYARIAH RUU MUFTI RUU KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA SLAM Pindaan Terhadap 7 Akta Sedia ada: 1 RUU PENTADBIRAN NG-UNDANG ISLAM (PINDAAN) 2 3 RUU MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUAA JENAYAH) (PINDAAN) RUU KESALAHAN JENAYAH JENAYAHSYARIAH SYARIAH (PINDAAN) 5 RUU TATACARA JENAYAH SYARIAH (PINDAAN) RUU KELUARGA ISLAM (PINDAAN) RUU KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 7 RUU TATACARA MAL MAHKAMAH AMAH SYARIAH (PINDAAN) JAGIN KELANTAN YB USTAZ DATUK AHMAD MARZUK SHAARY Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)"

Pada Sabtu lalu Ahmad Marzuk memaklumkan RUU355 dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam sudah bersedia untuk dibincang bersama negeri-negeri pada bulan hadapan. — AlHijrah Online

Leave a Reply