Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN CADANG WUJUDKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KHAS JENAZAH COVID-19 – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

KERAJAAN CADANG WUJUDKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KHAS JENAZAH COVID-19 – ZULKIFLI

PORT DICKSON: Kerajaan akan mengadakan perbincangan khas berhubung cadangan mewujudkan tanah perkuburan Islam khusus untuk pengebumian jenazah COVID-19 di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, perbincangan itu melibatkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti terlebih dulu bagi memperolehi cara terbaik dalam menguruskan jenazah berkenaan.

“Kami perlukan dapatan dan perbincangan, setakat ini tumpuan adalah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) terlebih dulu.

“Sekurang-kurangnya kami dapat memberi satu cara yang terbaik dalam menguruskan mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 pengusaha kantin dan pekerja pembersihan secara pandu lalu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di sini, hari ini.

Tambahnya, selain cadangan mewujudkan tanah perkuburan Islam, terdapat cadangan lain yang timbul seperti mengadakan kubur bertingkat, keutamaan kepada jenazah kariah serta keperluan jenazah dikebumikan dengan segera.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading