KERAJAAN KAJI LOKASI BANGUN STESEN MINYAK TANPA SUBSIDI DI JOHOR BAHRU
Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.
JOHOR BAHRU: Kerajaan sedang mengkaji lokasi sesuai bagi membangunkan stesen minyak tanpa subsidi di daerah ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata kajian terperinci perlu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memandangkan Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di bandar raya ini.
“Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.
“Di Johor Bahru ini, kita sedang buat kajian terperinci kalau ada tempat sesuai, kita akan buka untuk mengelakkan atau meminimumkan aktiviti pembelian minyak bersubsidi (oleh kenderaan asing),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Kempas di sini hari ini.
Pada 18 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.
Ahmad Zahid dipetik berkata KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutamanya di Kelantan dan akan disusuli dengan Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.
Sementara itu, Salahuddin turut mengingatkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong untuk kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia.
“Berhubung kes tular melibatkan warga Singapura mahu membeli bahan api itu, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak sempat membelinya. Alasan diberi iaitu untuk kegunaan go-kart… saya sedang menunggu laporan daripada KPDN Johor, jika pemilik stesen melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, pada 16 Jun lepas.
Mengenai iTTV e-Learning Rahmah, Salahuddin berkata pelaksanaan Pakej Tuisyen Rahmah itu dapat memanfaatkan ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.
Beliau berkata pelaksanaan pakej tersebut bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tambahan demi masa depan mereka.
“Pakej ini menyasarkan murid daripada darjah empat hingga pelajar tingkatan lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan,” katanya sambil menambah pelancaran pakej itu turut membuktikan inisiatif Payung Rahmah masih diterima rakyat Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager