Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN MALAYSIA SUMBANG DANA AS$1 JUTA BANTU TURKIYE, SYRIA

DALAM NEGARA

KERAJAAN MALAYSIA SUMBANG DANA AS$1 JUTA BANTU TURKIYE, SYRIA

Jemaah Menteri bersetuju untuk kerajaan Malaysia menyumbang dana berjumlah AS$1 juta bagi membantu Turkiye dan Syria yang terjejas dengan bencana gempa bumi.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju untuk kerajaan Malaysia menyumbang dana berjumlah AS$1 juta bagi membantu Turkiye dan Syria yang terjejas dengan bencana gempa bumi.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media petang tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Anwar turut memaklumkan bahawa pasukan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan dihantar pada malam ini bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye.

Kementerian Pertahanan turut menyiapkan pasukan doktor dan paramedik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyediakan ‘field hospital’ di Turkiye.–AlHijrah Online

MENYUSUL LANJUT


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading