Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN MINTA JKJAV KAJI WAJIBKAN PENGAMBILAN VAKSIN

DALAM NEGARA

KERAJAAN MINTA JKJAV KAJI WAJIBKAN PENGAMBILAN VAKSIN

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran tidak mencapai sasaran imuniti kelompok.

Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mengkaji bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap golongan anti-vaksin yang menghasut orang ramai daripada tidak menerima vaksin COVID-19.

“Kalau ikut perancangan kita, saya harap kita dapat percepat vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

“Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan manakala sebahagian lagi tidak dapat, kerana ini akan membawa kesan,” katanya kepada BERNAMA selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Lawatan tersebut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam masa yang sama, beliau juga meminta proses vaksinasi dipercepatkan dan menambah jumlah PPV bagi mencapai imuniti kelompok lebih awal.

Bagaimanapun, Muhyiddin mengingatkan agar semua rakyat Malaysia untuk sedia berkorban untuk menjadi sukarelawan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading