PUTRAJAYA – Dasar penetapan harga siling minyak RON95 mungkin
dihapuskan dan digantikan dengan kaedah subsidi petrol bersasar selepas
data penerima Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) dikemaskini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan,
sama ada mengekalkan harga harga minyak pada paras RM2.08 seliter atau
pemberian subsidi bersasar.
“Kita ada dua pilihan. Kabinet masih belum membuat keputusan tentang perkara ini. Kita juga perlu membuat keputusan sama ada subsidi bersasar bagi minyak RON95 akan ditentukan pada harga siling atau sistem apungan harga,” katanya pada Program Dialog Bersama Media di sini.
Saifuddin berkata, kementerian turut merancang untuk menggunakan data BSH bagi menentukan jumlah penerima yang layak mendapat subsidi dan sedang menanti maklumat daripada pihak Sekretariat BSH sebelum perkara itu dapat dilaksanakan.
“Isu mengenai kaedah untuk memasukkan duit kepada penerima ialah 10 peratus daripada individu dalam pangkalan data kementerian tidak mempunyai akaun bank,” jelasnya.
Ujar beliau, kementerian telah mengadakan sesi libat urus dengan beberapa bank bagi membantu individu yang tidak mempunyai akaun bank terutama golongan yang tinggal jauh di pedalaman.
“Jika Kabinet setuju dengan kaedah ini, kami akan mula mengagihkan
dana kepada penerima pada setiap hujung bulan. Kami berhasrat untuk
menggunakan kaedah ini berbanding kaedah lain yang dicadangkan,”
jelasnya.
Tambah Saifuddin, jika kaedah itu berjaya, kementerian
akan memperluaskan lagi kepada bahan keperluan lain termasuk minyak
masak dan tepung.
“Penjimatan yang kita perolehi daripada kaedah ini lebih berkesan yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati subsidi petrol terutama golongan pertengahan M40. Ini adalah pelan jangka panjang,” ujar beliau.
Ketika ditanya bila perkara itu akan dilaksanakan, beliau berkata, pihaknya hanya menanti pangkalan data BSH dikemaskini yang akan siap dalam tempoh terdekat.
“Kami sedang mengemaskini data yang kini di peringkat akhir. Kami ingin memastikan data ini ada kredibiliti, mereka yang layak mesti dimasukkan dan mereka yang tidak layak dikeluarkan,” katanya.
Untuk rekod ketika ini terdapat seramai 4.1 juta penerima BSH. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager