KUALA LUMPUR: Seluruh jentera kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri perlu bersiap siaga berdepan ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut menegaskan agar semua perancangan harus segera diterjemah kepada pelaksanaan demi memperkukuh daya tahan dalaman ekonomi negara.
“(Langkah itu) sebagai persediaan terhadap sebarang kejutan atau tindakan luar yang mengganggu kelangsungan kita,” kata beliau dalam hantaran di laman X beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sarawak, hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan pimpinan peringkat Persekutuan dan negeri itu.
Selain itu, Anwar berkata mesyuarat itu turut membentangkan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak serta insentif cukai Bank Pembangunan Sarawak yang berpotensi memperkukuh ekonomi negeri dan menjana limpahan manfaat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.
Perkara lain yang turut dibincangkan adalah hala tuju serta keutamaan projek-projek pembangunan di Sarawak agar diselaraskan dengan perancangan Persekutuan.
“Semoga usaha bersama ini terus menyuburkan kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh warga Bumi Kenyalang,” kata beliau.
Untuk rekod, pada 3 April, pentadbiran Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif minimum 10 peratus ke atas import dari semua negara di bawah dasar perdagangan timbal balik dan tarifnya.
Negara anggota wilayah Indochina ASEAN merupakan antara yang paling terjejas akibat tarif itu dengan Kemboja dikenakan gabungan tarif dasar dan timbal balik berjumlah 49 peratus, diikuti Laos (48 peratus), Vietnam (46 peratus), dan Myanmar (44 peratus).
Thailand dikenakan tarif sebanyak 36 peratus, Indonesia 32 peratus, Brunei dan Malaysia masing-masing sebanyak 24 peratus, Filipina 17 peratus, manakala Singapura pada tarif asas 10 peratus.
Bagaimanapun, tarif timbal balik itu kini ditangguhkan sementara selama 90 hari, kecuali tarif ke atas China. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked