KERAJAAN SELANGOR BATAL PROJEK TERNAKAN BABI BUKIT TAGAR
Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sementara projek penternakan babi di Bukit Tagar susulan kegusaran dan bantahan orang ramai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sementara projek penternakan babi di Bukit Tagar susulan kegusaran dan bantahan orang ramai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu sementara mencari lokasi baharu, selain keperluan mengadakan perbincangan bersama dengan pengusaha ternakan serta memberikan penjelasan kepada semua pihak atas salah faham yang timbul.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada hubungi saya melalui telefon ketika saya berada di luar negara. Isu itu dah melampaui daripada hal sebenar dan realiti sebenar, jadi kita tangguh dan batalkan buat sementara, setelah kita dapat pilihan tapak ataupun kaedah lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di Dewan Raja Muda Musa, di sini hari ini.
Amirudin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga telah mengarahkan Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim mencari kawasan alternatif bagi projek berkenaan.
“Pada hari Rabu (lepas), MMKN memang telah memberikan arahan untuk mencari alternatif kawasan kerana kita lihat ada bantahan keras, kemudian diikuti pula dengan cadangan Perdana Menteri yang saya sambut baik,” katanya.
Amirudin berkata isu berkenaan masih pada peringkat awal dan belum dimuktamadkan kerana tiada kertas kerja atau kelulusan rasmi dikemukakan, namun persepsi awam bahawa projek akan dilaksanakan segera telah menyebabkan kekeliruan dan mendorong kerajaan negeri mengambil pendekatan lebih berhati-hati.
“Isu ini jadi pramatang. Penglibatan dengan masyarakat, penilaian impak sosial (SIA) dan proses lain sepatutnya dibuat terlebih dahulu. Kita akui mungkin ada pengumuman yang mendahului proses sepatutnya,” katanya.
Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan sinis bahawa projek di Bukit Tagar akan dibangunkan seperti “hotel babi”, sambil menekankan bahawa keutamaan kerajaan negeri adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak secara adil.
Selain itu, Amirudin berkata kerajaan negeri tidak bercadang membangunkan projek penternakan berskala besar seperti yang digambarkan sesetengah pihak.
“Bukan mega, bukan besar-besaran. Anggaran mungkin kira-kira 20 hingga 30 peratus (keperluan) sahaja. Dakwaan ‘mega’ itu berlebihan,” katanya sambil menambah bahawa matlamat utama kerajaan negeri adalah untuk menyusun semula penternakan babi yang berselerak bagi mengawal isu kebersihan dan alam sekitar.
Pada 10 Jan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Sementara itu, pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengesyorkan supaya projek ternakan babi berpusat di Bukit Tagar yang menimbulkan keresahan masyarakat setempat dibatalkan terlebih dahulu ataupun dipindahkan di kawasan baharu yang lebih baik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests