KERAJAAN TIDAK KOMPROMI KESELAMATAN RAKYAT DI MEDIA SOSIAL – FAHMI
“Pihak Meta meminta lebih banyak masa untuk membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial, tetapi sejujurnya, kita (kerajaan) tidak boleh memberikan lebih masa. Kita menerima aduan daripada orang awam mengenai kewujudan kumpulan pedofilia dalam Facebook, yang jumlahnya telah mencecah puluhan ribu orang kerana beroperasi bertahun-tahun lamanya.”
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform tersebut, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan, tegas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata isu keselamatan rakyat, terutama kanak kanak dan keluarga di media sosial yang semakin berleluasa tidak boleh dikompromi.
“Pihak Meta meminta lebih banyak masa untuk membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial, tetapi sejujurnya, kita (kerajaan) tidak boleh memberikan lebih masa.
“Kita menerima aduan daripada orang awam mengenai kewujudan kumpulan pedofilia dalam Facebook, yang jumlahnya telah mencecah puluhan ribu orang kerana beroperasi bertahun-tahun lamanya.
“Jadi, saya tidak faham mengapa mereka (Meta) mahu mempertahankan kumpulan scammer dan pedofilia ini. Kita sudah mengarahkan supaya platform media sosial dilesenkan, jadi berikan sahaja lesen itu,” katanya ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di sini hari ini.
Fahmi mengulas pertemuannya bersama pihak Meta semalam, di mana beliau menegur syarikat tersebut kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming), khususnya di platform Facebook.
Mengulas lanjut hari ini, Fahmi berkata perbincangan mengenai langkah menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak kanak telah dilakukan sejak awal tahun, dan beliau sendiri telah pergi ke Singapura untuk bertemu dengan pihak Meta.
“Untuk mengatakan kita tidak pernah berbincang dengan mereka adalah satu penipuan. Kita sudah berbincang, dan saya telah turun ke Singapura untuk bertemu mereka, tetapi mereka memberikan pelbagai alasan.
“Bagi saya, keselamatan rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan keluarga, tidak boleh kita kompromi dalam hal ini,” katanya.
Pada Ogos, Fahmi memaklumkan berdasarkan garis panduan yang dibina bersama dan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana platform yang tidak mempunyai lesen selepas 1 Jan 2025 boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 126 akta tersebut.
Beliau berkata kerajaan menegaskan pelesenan media sosial hanya terpakai untuk pengendali platform dan bukannya kepada pengguna atau pempengaruh.
Mengenai sambutan Deepavali, Fahmi berharap ia dimanfaatkan untuk merapatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah yang telah lama terjalin antara rakyat.
Katanya walaupun terdapat perbezaan agama, fahaman dan pandangan politik, ia tidak bermaksud rakyat di negara ini tidak boleh bersatu hati.
“Kita lihat ramai daripada pelbagai kaum dan agama hadir untuk meraikan dan menyambut bersama perayaan ini dalam suasana yang harmoni, aman damai dan permai. Inilah semangat perpaduan yang kita ingin pupuk di seluruh negara,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked