Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA KETUA MENTERI MELAKA NYARIS DIHEMPAP POKOK TUMBANG DI JALAN PINANG

DALAM NEGARA

KERETA KETUA MENTERI MELAKA NYARIS DIHEMPAP POKOK TUMBANG DI JALAN PINANG

Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di Kuala Lumpur hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini. 

KUALA LUMPUR: Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di sini hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini. 

Beliau terselamat dalam kejadian itu, namun kenderaan jenis Lexus 350 yang membawanya mengalami kerosakan pada bahagian cermin belakang dan bonet.

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka Ezlyn Fardiha Zainal berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang semasa rombongan Ab Rauf sedang dalam perjalanan dari Melaka untuk menghadiri mesyuarat di ibu kota.

“Ketika melalui jalan berkenaan sebatang pokok telah tumbang betul-betul di hadapan kereta yang membawa beliau (Ab Rauf) dan menghempap bahagian belakang kereta peronda polis jenis Proton X70 yang mengiringinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu tular video berdurasi 10 saat klip video paparan kejadian berkenaan di media sosial, yang menunjukkan sebuah kenderaan mewah jenis Vellfire berwarna merah rosak ditimpa pokok.

Difahamkan pihak berkuasa bertindak menutup jalan itu bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading