Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA REMPUH RESTORAN, TUJUH PELANGGAN CEDERA

DALAM NEGARA

KERETA REMPUH RESTORAN, TUJUH PELANGGAN CEDERA

Tujuh individu cedera selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh ruang makan di luar sebuah restoran di Jalan Klang Lama, di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Tujuh individu cedera selepas sebuah kereta terbabas dan merempuh ruang makan di luar sebuah restoran di Jalan Klang Lama, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kesemua mereka terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita yang sedang makan di restoran itu.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.19 malam dan sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Honda HR-V telah terbabas lalu merempuh restoran serta melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia dan Lexus.

“Kesemua mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Punca rempuhan sedang disiasat,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading