KERJASAMA KERAJAAN, IBU BAPA DAN WARGA PENDIDIK PENTING UNTUK KEJAYAAN SISTEM PENDIDIKAN – PM ANWAR
Kejayaan sistem pendidikan negara tidak hanya bergantung kepada dasar dan peruntukan, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kejayaan sistem pendidikan negara tidak hanya bergantung kepada dasar dan peruntukan, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan pendidikan terus menjadi keutamaan negara, dan hubungan mantap antara semua pihak penting untuk memastikan anak-anak menerima sokongan menyeluruh, sama ada di sekolah mahupun di rumah.
“Dengan memastikan pendidikan berkualiti berteraskan nilai dan kemanusiaan, kita mampu melahirkan generasi berilmu, berakhlak, serta bersedia menghadapi cabaran dengan semangat dan keyakinan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran sama, Anwar berkongsi lawatannya bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwong Hon dan Sungai Besi, bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Beliau berkata BAP adalah inisiatif penting kerajaan untuk meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.
Perdana Menteri berkata lawatan itu turut memberi peluang menyantuni murid-murid yang baru melangkah ke alam persekolahan.
“Melihat keterujaan mereka mengingatkan kita bahawa setiap anak tidak hanya menggendong harapan menggunung ibu bapa, tetapi turut memikul keyakinan para guru dan cita besar masa depan negara.
“Sekolah, selain tempat menimba ilmu, adalah ruang awal dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri,” katanya.
Bermula tahun ini, kalendar akademik bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kembali pada Januari, susulan peralihan sejak 2022 akibat pandemik COVID-19.
Sesi persekolahan bagi Kumpulan B iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula hari ini, manakala Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula semalam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.