LETUPAN DI UNIVERSITI SWASTA: MANGSA MENINGKAT KEPADA 10 ORANG TERMASUK SEORANG MAUT
Jumlah mangsa insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara pagi tadi, meningkat kepada 10 orang dengan seorang daripadanya maut
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa insiden letupan kompresor penyaman udara di HELP University di Bukit Damansara pagi tadi, meningkat kepada 10 orang dengan seorang daripadanya maut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata mangsa yang maut merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun dan bekerja dengan syarikat kontraktor penyaman udara, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Perkembangan terbaharu mendapati seorang lagi mangsa dikenal pasti menjadikan keseluruhan 10 individu terlibat berbanding sembilan yang dilaporkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fadil berkata lapan daripada mangsa merupakan rakyat tempatan manakala dua lagi warga asing.
Daripada lapan warga tempatan seorang lelaki yang merupakan pekerja syarikat kontraktor maut manakala dua lagi mengalami kecederaan parah.
Beliau berkata lima lagi warga tempatan yang cedera terdiri daripada masing-masing dua penuntut lelaki dan perempuan serta seorang juruteknik dengan tahap kecederaan berbeza-beza.
“Sementara itu, dua warga asing terlibat ialah lelaki Indonesia yang bekerja sebagai pekerja kafeteria dan mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Fadil berkata semua sembilan mangsa sedang menerima rawatan di pelbagai hospital berdekatan termasuk di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh.
Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata polis menerima panggilan kecemasan mengenai insiden letupan di kawasan penyelenggaraan bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti swasta itu pada 11.40 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Hassan ‘As’ari Omar semasa dihubungi berkata pemeriksaan awal mendapati letupan berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara dan pasukan siasatan masih berada di lokasi kejadian.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian pagi tadi mendapati dua ekor anjing Unit Pengesan K9 JBPM turut digunakan dalam operasi menyelamat itu.–ALHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests