Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali pernah menjerit dengan nada marah menyoal siapa yang memberi air kepada remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella semasa berada di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali pernah menjerit dengan nada marah menyoal siapa yang memberi air kepada remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella semasa berada di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, bagaimanapun berkata, selepas mengetahui Haiza yang merupakan kakak angkatnya (Suhana) memberikan air kepada Bella, Siti Bainun terus merendahkan nada suaranya pada kejadian 14 Jun 2021.
“Ketika itu Yasmin (Yasmin Nahar Mahmood iaitu saksi pendakwaan kelima) pergi ke arah Bainun dan memberitahu ada orang bagi air kepada Bella. Tiba-tiba Bainun jerit sangat kuat dan bertanya, siapa bagi kepada Bella dengan nada marah.
“Saya dan beberapa penghuni kondominium lain sangat terkejut. Kemudian Kak Haiza beritahu dia yang memberi air kepada Bella.
“Kak Haiza kemudian bertanya apa masalahnya dan Siti Bainun kemudian menjawab ‘oh akak ke yang bagi, bukan apa Bella ini kalau minum dia suka kencing. Kak Haiza kemudian menjawab memang lah kalau minum akan kencing,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun.
Ketika disoal balas peguam Mohammad Farhan Maaruf berhubung kelibat yang dilihat pada tengah malam di tepi peti sejuk ketika Suhana membuat kerja-kerja pejabat di kondominium, tahun lepas, saksi itu berkata kelibat itu adalah Bella dan bukannya hantu.
Ditanya peguam itu sama ada beliau tidak takut melihat susuk tubuh berdiri di hadapan peti sejuk dalam keadaan tidak bergerak pada waktu tengah malam, saksi pendakwaan kelapan itu menjawab; “tidak takut”.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung Khamis ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager