Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES COVID-19 DI KELANTAN BERKURANG DENGAN PELAKSANAAN PKP

DALAM NEGARA

KES COVID-19 DI KELANTAN BERKURANG DENGAN PELAKSANAAN PKP

KOTA BHARU: Kes harian positif COVID-19 di Kelantan mula berkurangan setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berkuatkuasa sejak dua minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Husin berkata, kes harian COVID-19 di Kelantan menunjukkan tiga angka selama seminggu, dan kes menurun kepada dua angka pada empat hari lalu.

“Ini disebabkan arahan larangan merentas negeri dimana kurangnya berlaku jangkitan, serta larangan rentas daerah yang bermula sewaktu PKP dilaksanakan di Kelantan.

“Penurunan kes-kes positif COVID-19 hasil daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta penguatkuasaan yang telah kita laksanakan,” katanya selepas program Tautan Kasih PKRC Kelantan Musaadah COVID-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kelantan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.

Menurut rekod yang dicatatkan, kes positif COVID-19 di Kelantan berkurangan kepada dua angka iaitu 78 kes dan semalam, jumlah kes positif sebanyak 76 kes sahaja.

Mengulas lanjut, Dr Zaini menasihatkan masyarakat tidak boleh alpa dengan penurunan jumlah kes positif, sebaliknya terus mengamalkan SOP setiap masa bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Dalam perkembangan yang lain, Dr Zaini memaklumkan JKNK akan bekerjasama dengan pihak penjara bagi mewujudkan pusat transit COVID-19 di Batu Jong, Kuala Krai bagi menempatkan banduan dan tahanan yang positif COVID-19.

Sehingga semalam, seramai 42 banduan dari Penjara Pengkalan Chepa dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Pusat Koreksional Machang disahkan positif COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading