Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI BOMBA DIDAKWA TERIMA RASUAH

DALAM NEGARA

PEGAWAI BOMBA DIDAKWA TERIMA RASUAH

SEREMBAN: Seorang pegawai bomba didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban kerana menerima rasuah bagi urusan permohonan lesen perniagaan.

Tertuduh, Md Azli Johar, 44 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan suapan itu yang berjumlah RM 1,800 daripada seorang wanita berusia 31 tahun.

Menurut pertuduhan, Md Azli merupakan Pegawai Bomba Kanan 1 di Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, didakwa menerima suapan untuk urusan permohonan lesen perniagaan bagi wanita tersebut.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di Pekan Gemencheh, Tampin pada 22 Oktober 2019, kira-kira jam 11 pagi.

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit salah.

Mahkamah juga menetapkan tertuduh diikat jamin RM7 ribu dengan seorang penjamin, serta tertuduh diarah menyerahkan pasport kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.
 
Kes akan disebut semula pada 3 Mac ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading