IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan semua masjid dan surau di Perak dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kebenaran solat Jumaat tersebut termasuk surau di dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, kolej, sekolah dan kilang-kilang.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, keputusan dibuat selepas menimbangkan sembah cadangan MAIPk, dengan nasihat Jawatankuasa Fatwa Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurutnya, keputusan tersebut diperkenan bagi membolehkan lebih ramai individu menunaikan solat Jumaat.
“Baginda turut memperkenan had maksimum 40 orang jemaah bagi solat Jumaat, solat fardu dan solat jenazah tidak termasuk ahli jawatankuasa dan pegawai masjid atau surau.
“Jemaah yang dibenarkan terbatas kepada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 18 hingga 70 tahun,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.
Mengulas lanjut, syarat-syarat penjarakan fizikal antara jemaah akan diperketatkan dengan pengenalan mekanisme baharu merangkumi aliran masuk dan keluar masjid mahupun surau.
Mohd Annuar memaklumkan bahawa aktiviti keagamaan seperti kuliah dibenar untuk diadakan dalam tempoh antara waktu solat Maghrib dan Isyak di masjid dan surau.
Bagaimanapun sebarang acara jamuan di dalam atau perkarangan masjid dan surau tidak dibenarkan.
Ketetapan tersebut akan mula berkuat kuasa pada 28 Januari 2021 sehingga ketetapan baharu dikeluarkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam pada itu, Sultan Nazrin menzahirkan titah nasihat agar semua masjid dan surau menganjurkan solat sunat hajat setiap hari memohon kepada Allah agar bencana kesihatan yang melanda dunia segera berakhir.
“Sultan Nazrin memahami hasrat umat Islam mahu mengimarahkan rumah-rumah ALLAH dan beribadah secara berjemaah. Dalam pada itu, baginda amat bimbang akan ancaman keselamatan ummah akibat penularan wabak COVID-19.
“Baginda juga amat bersimpati dengan para petugas Kementerian Kesihatan yang berada di barisan hadapan menangani COVID-19,” katanya.
Menurut Mohd Annuar, baginda berpendirian bahawa seluruh rakyat di negara ini supaya sama-sama membantu meringankan beban berat yang digalas petugas Kementerian Kesihatan.
Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan KKM, polis dan semua agensi terlibat dalam memastikan PKP dipatuhi.—AlHijrah Online / Sinar Harian
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager