HAD BILANGAN JEMAAH DI MASJID DEMI KESELAMATAN UMAT ISLAM- SULTAN SELANGOR

Selangor Sultan extends suspension of all religious activities in mosques,  suraus until May 31 | The Star

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menegaskan keputusan menghadkan bilangan jemaah di masjid-masjid di Selangor bagi menjaga keselamatan seluruh umat Islam.

Setiausaha Sultan Selangor, Dato’ Haji Mohamad Munir Bani berkata, baginda menzahirkan rasa kesal segelintir pihak tidak berfikir panjang dan mementingkan diri dengan sanggup memudaratkan jemaah lain sekiranya masjid dan surau dibuka semula seperti biasa.

“Sultan Selangor memahami kegusaran dan kebimbangan umat Islam di negeri Selangor yang belum boleh menunaikan solat Fardu dan solat Jumaat di masjid-masjid bagi mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baginda turut membaca sendiri rayuan yang disalurkan menerusi Sahibus Samahah Dato’ Mufti Selangor dan permohonan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan perkara berkenaan,” dalam kenyataan tersebut.

Menurut statistik terbaharu di Selangor melibatkan kes jangkitan wabak COVID-19 masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi sebanyak tiga digit, serta kes positif di Selangor telah mencecah lima digit.

“Baginda tidak mahu lebih ramai lagi rakyat Selangor mendapat jangkitan akibat lalai mematuhi PKP dan SOP sehingga boleh menyebabkan kematian,” titah baginda.

Sultan Selangor turut berharap tidak ada lagi pihak yang bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib, demi keselamatan umat Islam di Selangor.

“Tegas Baginda lagi, tidak bererti jika masjid dan surau ditutup maka amal ibadah juga akan terhenti,” titah baginda.

Terdahulu, solat Fardu dan solat Jumaat di semua masjid dan surau di Selangor ditangguhkan dalam tempoh PKP, bagaimanapun hanya lima orang dalam kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa dibenarkan solat berjemaah.—AlHijrah Online.

Leave a Reply