KES COVID-19 NAIK SEMULA MELEBIHI 6,000

KUALA LUMPUR: Angka kes harian positif COVID-19 naik melebihi 6,000 hari ini.

Kali terakir Malaysia mencatatkan jumlah kes harian melebihi 6,000 ialah pada 18 Jun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif COVID-19 bagi 29 Jun 2021 ialah 6,437.

Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 747,703 kes.

Selangor menjadi negeri yang mencatat kes harian tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti Wilayah Persekutan Kuala Lumpur 1,361 kes dan Negeri Sembilan 700 kes.

Kedah mencatat 284 kes, Johor 271 kes, Melaka 252 kes, Pahang 250 kes, dan Sarawak 242 kes.

Perak mencatatkan 184 kes, Sabah 178 kes, Kelantan 131 kes, Wilayah Persekutuan Labuan 117 kes, Pulau Pinang 115 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya 32 kes, dan Terengganu 21 kes.

Sifar kes dicatatkan di Perlis hari ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply