KES LANGGAR: PEGAWAI KANAN POLIS MENGAKU TIDAK BERSALAH BUNUH PELAJAR
Pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan lima dalam kejadian langgar berhampiran sebuah sekolah tahun lepas.
IPOH: Pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan lima dalam kejadian langgar berhampiran sebuah sekolah tahun lepas.
Mohd Nazri, 46, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Dis 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan perbicaraan kes itu selama 30 hari bermula 4 Nov ini hingga 17 Jan tahun depan dan 1 Julai ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memohon tempoh sebulan bagi serahan dokumen dan memaklumkan pihaknya akan memanggil 60 saksi termasuk pakar.
“Pihak kami perlu masa bagi muktamadkan senarai saksi dan dokumen untuk diserahkan kepada peguam. Kita perlu teliti dokumen sebab kes ini melibatkan 60 saksi dan pakar,” katanya yang turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani.
Peguam Jacky Loi Yap Loong yang dibantu Lim Chi Chau dan M. Kuhan memaklumkan pihaknya memfailkan notis berhubung permohonan jaminan terhadap anak guamnya.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya tidak menerima afidavit berhubung notis terbabit.
Hakim Bhupindar Singh mengarahkan kedua-dua pihak menyelesaikan pertukaran afidavit sebelum beliau membuat keputusan berhubung permohonan jaminan.
Turut hadir, peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.
Pada 18 Dis 2023, Mohd Nazri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked