Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAKAL JEMAAH TERKANDAS, KERAJAAN DAN TH CARI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

DALAM NEGARA

BAKAL JEMAAH TERKANDAS, KERAJAAN DAN TH CARI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia yang didakwa terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia yang didakwa terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata hal ini termasuk pilihan membawa pulang kesemua jemaah terbabit ke Malaysia.

“Buat masa ini kita sedang lakukan siasatan dan setakat ini juga kita belum dapat sahkan jumlah mereka yang terkandas.

“Namun, kita juga sentiasa berhubung dengan Konsulat Malaysia (di Jeddah) kerana ia merupakan tanggungjawab bersama demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri International Waqf Conference 2024 (IWC24) di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 bakal haji Malaysia yang kini di Makkah terkandas apabila agensi umrah yang menguruskan perjalanan mereka, gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini.

Difahamkan, kumpulan bakal haji terbabit terperdaya dengan tawaran pakej haji yang murah selain menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu oleh agensi berkenaan.

Susulan itu, TH meminta jemaah terlibat membuat aduan atau laporan rasmi kepada TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading