Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKATAN BAHAN API, NYAWA PESAKIT ICU DI GAZA TERANCAM

DUNIA

SEKATAN BAHAN API, NYAWA PESAKIT ICU DI GAZA TERANCAM

Pemberhentian penjana elektrik di Hospital Eropah di Gaza bermakna 70% daripada perkhidmatan perubatan yang disediakan di hospital itu tidak lagi tersedia

FOTO: AFP

KHAN YUNIS: Sekatan kemasukan bahan api ke Gaza meletakkan puluhan nyawa pesakit di unit rawatan rapi (ICU) di ambang maut selain mengancam ratusan lagi pesakit di jabatan lain.

Kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas memaklumkan sistem kesihatan di wilayah itu hampir runtuh selepas Israel menyekat lintasan utama bantuan di Rafah.

Pengarah Jururawat Hospital Eropah di Khan Yunis mengesahkan bahawa penjana telah kehabisan bahan api dan berhenti berfungsi. Harapan mereka ketika ini hanya bergantung kepada tenaga solar dan bateri yang digunakan secara minimum.

“Pemberhentian penjana elektrik di Hospital Eropah di Gaza bermakna 70% daripada perkhidmatan perubatan yang disediakan di hospital itu tidak lagi tersedia”. Situasi itu menyebabkan keseluruhan pesakit dalam, wad pediatrik, jabatan pensterilan, perkhidmatan dialisis, peti sejuk bilik mayat dan kumbahan pam telah terputus.

Israel telah  menutup kedua-dua lintasan Rafah dan Kerem Shalam, sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan di Rafah.

Meskipun bekalan selain bahan api berjaya dihantar ke Gaza melalui lintasan Erez sejak beberapa hari lalu, namun ia tidak mencukupi dan agak sukar untuk dihantar melalui Rafah.

Bukan setakat bahan api, aktivis sayap kanan Israel telah menyekat dan merosakkan sekurang-kurangnya tujuh trak bantuan yang sedang dalam perjalanan dari Tebing Barat ke Gaza.

Serangan dibuat ketika trak berkenaan menjalani pemeriksaan di Tarkumiya dan lokasi lain berhampiran penempatan penduduk Israel – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading