Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUNAI HAJI TANPA VISA, HARAM – FATWA ARAB SAUDI

DUNIA

TUNAI HAJI TANPA VISA, HARAM – FATWA ARAB SAUDI

Selain daripada kemampuan kewangan, keamanan, kesihatan, mereka juga perlu memenuhi syarat kuota, ada permit untuk menunaikan haji.

FOTO: AFP PHOTO

MADINAH: Ibadah haji yang ditunaikan tanpa saluran dan proses yang ditetapkan adalah berdosa dan haram berdasarkan fatwa kerajaan Arab Saudi.

Pengarah operasi bimbingan haji tanah suci Tabung Haji (TH), Shahrin Awaludin menasihatkan umat Islam untuk tidak terlalu ghairah hingga sanggup melanggar peraturan dan menyukarkan diri sendiri, keluarga malah negara juga dibimbangi akan terkesan.

“Haji ini adalah satu-satunya ibadah bagi orang yang berkemampuan. Selain daripada kemampuan kewangan, keamanan, kesihatan, mereka juga perlu memenuhi syarat kuota, ada permit untuk menunaikan haji. Kita nasihatkan orang ramai yang ingin menunaikan haji ini, jangan ghairah tanpa mengambil kira peraturan yang telah ditetapkan”.

Tambah beliau, Islam juga menekankan kepentingan untuk taat kepada Allah, rasul dan pemimpin serta peraturan dan undang-undang dalam melakukan sesuatu perkara.

“Ikutlah peraturan kerana ibadah ini bukan perkara yang kita suka-suka tetapi kita perlu melakukannya berlandaskan kepada hukum syarak, yang mana kalau kita mampu sekali pun tapi tidak mencukupi, maka kita kena tunggu. Kita kena yakin kepada Allah bahawa untuk menunaikan haji ini adalah jemputan daripada Allah”.

Berdasarkan peraturan Arab Saudi, individu yang melanggar peraturan musim haji boleh dikenakan denda 10,000 Saudi Riyal.

Selain denda, pelanggaran peraturan musim haji juga boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading