Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES SERANGAN ANAK RAFIZI: POLIS SELANGOR SERAHKAN SIASATAN KEPADA JSJ BUKIT AMAN

DALAM NEGARA

KES SERANGAN ANAK RAFIZI: POLIS SELANGOR SERAHKAN SIASATAN KEPADA JSJ BUKIT AMAN

Siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli, diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata langkah itu dibuat bagi memastikan siasatan dijalankan secara lebih menyeluruh dan berpusat.

Sumber: ARKIB

SHAH ALAM: Siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli, diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata langkah itu dibuat bagi memastikan siasatan dijalankan secara lebih menyeluruh dan berpusat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

“Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Rabu lepas, media melaporkan polis mengesahkan anak bekas timbalan presiden PKR itu diserang dalam kejadian kira-kira 2 petang, di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal, dengan seorang daripadanya bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu menggunakan jarum suntikan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading