KES ZAYN RAYYAN: MAHKAMAH ARAH PEMBELAAN LAPOR PEMILIK AKAUN TIKTOK BUAT KANDUNGAN SUBJUDIS
“Sekiranya dilihat dalam akaun-akaun itu (didapati) ada kenyataan, status dan komen yang berbentuk hasutan yang tak kena pada tempatnya. Kami mohon agar kelima-lima pengendali akaun ini dikenakan perintah larangan bersuara, dan jika mereka melanggar perintah itu, anak guam kami akan membuat laporan polis.”
Fahmi memaklumkan terdapat lima akaun TikTok dengan nama CEO Zayn Rayyan, MyrasKitchen00, cikpika_pika_ii, BeMalaysian2.0 dan MalaikatMaut382 yang telah memuat naik video bertujuan untuk mengecam dan membuat komen-komen yang bersifat subjudis dan merosakkan.
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan pihak pembelaan dalam kes kematian kanak-kanak berumur enam tahun Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang relevan sekiranya terdapat kandungan di media sosial menggunakan kes itu sebagai kandungan yang mengundang komen-komen subjudis, di samping menghina mahkamah.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan perkara itu selepas peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili ibu bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, memberitahu mahkamah terdapat lima akaun TikTok yang dikenal pasti membuat video dengan siaran langsung yang bersifat subjudis dan seolah-olah melakukan buli siber terhadap kedua-dua tertuduh dan pihak pembelaan.
“Pada prosiding sebelum ini, mahkamah telah membuat perintah larangan bersuara untuk pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini, namun sekiranya terdapat aduan lanjut mengenai perkara ini, pihak pembelaan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa yang relevan.
“Mahkamah sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak terutama orang awam agar tidak membuat komen subjudis yang menghina mahkamah,” katanya.
Terdahulu Fahmi memaklumkan terdapat lima akaun TikTok dengan nama CEO Zayn Rayyan, MyrasKitchen00, cikpika_pika_ii, BeMalaysian2.0 dan MalaikatMaut382 yang telah memuat naik video bertujuan untuk mengecam dan membuat komen-komen yang bersifat subjudis dan merosakkan.
“Sekiranya dilihat dalam akaun-akaun itu (didapati) ada kenyataan, status dan komen yang berbentuk hasutan yang tak kena pada tempatnya. Kami mohon agar kelima-lima pengendali akaun ini dikenakan perintah larangan bersuara, dan jika mereka melanggar perintah itu, anak guam kami akan membuat laporan polis,” kata Fahmi yang mengendalikan kes bersama peguam Ilyani Khuszairy.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar berkata memandangkan perkara itu baru diberitahu kepada pihak pendakwaan pagi ini, pihaknya masih belum sempat meneliti akaun-akaun berkenaan.
“Kami mohon pihak pembelaan membuat satu permohonan baharu disertakan dengan afidavit untuk ditunjukkan kepada mahkamah. Pada peringkat ini, kami rasakan permohonan perintah larangan bersuara adalah pramatang, namun saya serah kepada budi bicara mahkamah,” katanya.
Fahmi kemudiannya memohon mahkamah untuk memberikan satu notis kehakiman sebagai amaran kepada kelima-lima individu itu.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, beliau berkata pihaknya akan memantau terlebih dahulu kelima-lima akaun ini selepas amaran dikeluarkan mahkamah pada sebutan kes hari ini.
“Kami akan mengadakan perbincangan semula dengan anak guam untuk menentukan tindakan selanjutnya jika kandungan-kandungan ini dimuat naik lagi. Besar kemungkinan kami akan buat laporan kepada pihak berwajib iaitu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sekiranya ia terjadi lagi,” katanya.
Berhubung dua gambar dikatakan gambar Zayn Rayyan yang tular di aplikasi Telegram baru-baru ini, Fahmi berkata pihaknya tidak mengesahkan kesahihan gambar itu, namun laporan polis telah dibuat untuk menghentikan penularannya.
“Sehingga kini kami masih belum mendapat maklum balas mengenai perkara itu, sama ada kertas siasatan sudah dibuka atau sebaliknya,” kata Fahmi.
Pada 13 Jun lepas, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis tahun lepas mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests