Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Ketua agensi pengelolaan darurat AS letak jawatan

DUNIA

Ketua agensi pengelolaan darurat AS letak jawatan

Long Brock umum letak jawatan. – Foto AP

KUALA LUMPUR – Ketua Agensi Pengelolaan Darurat Persekutuan Amerika Syarikat (FEMA) mengumumkan peletakan jawatannya di Washington, semalam, menurut laporan BBC yang dipetik Sinar Online.

Long Brock yang memegang jawatan terbabit sejak Jun 2017 telah mengetuai beberapa operasi menangani situasi kecemasan dan darurat termasuk operasi di Puerto Rico susulan Taufan Maria yang meragut ribuan nyawa.

Beliau yang sebelum ini dikatakan terlibat dalam pertelingkahan berhubung penggunaan dana kerajaan menyatakan sudah tiba masa untuk beliau pulang ke pangkuan keluarga.

Bagi Long yang mempunyai pengalaman menguruskan lebih 200 situasi darurat dan kecemasan, kesempatan berkerja di FEMA adalah peluang sekali seumur hidupnya.

Terdahulu, laporan Inspektor Jeneral Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengatakan, Long harus membayar balik kepada kerajaan sejumlah AS $151,000 (RM 614,213) bagi kos kenderaan dan kakitangan terlibat dalam perjalanan peribadi, kebanyakannya dari Washington ke kediamannya di North Carolina.

Tempat Brock akan digantikan timbalannya, Peter Gaynor.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading