KETUA HAKIM SYARIE DILANTIK MENTERI AGAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar diumum sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pelantikan Mohd Na’im diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya pada kira-kira 8.20 malam itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen serta platform media sosial dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar turut mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri serta 28 Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan perpaduan. – AlHijrah Online

Leave a Reply