KUALA LUMPUR: Setiap rumah sembelihan atau loji pemprosesan ayam di luar negara perlu melepasi pemeriksaan ketat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum produk sejuk beku tersebut dibawa masuk ke pasaran tempatan.
Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, (JAKIM) Marzuki Hassan berkata, proses audit berkenaan dijalankan pihaknya berpandukan piawaian dan peraturan halal bagi menjamin status halal produk sejuk beku yang diimport.
“Apabila melakukan audit kepatuhan halal ke atas rumah sembelihan atau loji pemprosesan luar negara, JAKIM akan guna standard dan peraturan halal Malaysia seperti MS 1500:2009; Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan Makanan Halal; Panduan Umum dan Protokol Malaysia Untuk Pengeluar Produk Berasaskan Daging dan Ayam sebagai rujukan utama tahap kepatuhan halal yang dilaksanakan oleh rumah sembelihan atau loji pemprosesan tersebut,” katanya.
Tambahnya, proses pengauditan ke atas loji pemprosesan luar negara juga melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI).
“Apabila JPV menerima permohonan kelulusan (untuk) eksport daripada rumah sembelihan haiwan halal seperti lembu, kerbau, kambing atau ayam dari luar negara, satu jadual pengauditan ke rumah sembelihan atau loji pemprosesan luar negara akan diaturkan oleh JPV,” tambahnya.
Menurut Marzuki, aspek penyimpanan dan pengangkutan turut diambil kira dalam menilai kepatuhan halal semasa pengauditan halal dijalankan.
Jelasnya lagi, satu laporan pengauditan kepatuhan halal akan dikeluarkan oleh JAKIM bagi setiap loji pemprosesan selepas tamat proses audit tersebut untuk penelitian dan kelulusan akhir oleh JPV.
Dalam pada itu, Marzuki menafikan dakwaan bahawa JAKIM mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar ayam sejuk beku di luar negara.
Sebaliknya, sijil halal tersebut hanya dikeluarkan bagi syarikat di dalam negara sahaja.
“Saya berharap mana-mana pihak tidak timbulkan spekulasi yang boleh menyebabkan kegusaran kepada umat Islam khususnya melibatkan halal haram kerana kerajaan melalui (JPV), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM sentiasa memantau dan memastikan pengurusan produk daging dan ayam beku yang diimport di Malaysia menepati prosedur yang ditetapkan termasuk memastikan ia halal sebelum dibawa masuk ke dalam negara,” katanya.
Setakat ini, terdapat 84 badan pensijilan halal dari 46 negara yang diiktiraf (JAKIM) dan bertanggungjawab memantau loji pemprosesan luar negara dari semasa ke semasa.—AlHijrah Online / Abdul Hakim Hasan
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked