Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan Operasi Selamat Paru-Paru (Op Selamat PaPa) bermula pada 1 Ogos ini sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), khususnya membabitkan rokok elektronik atau vape.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan Operasi Selamat Paru-Paru (Op Selamat PaPa) bermula pada 1 Ogos ini sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), khususnya membabitkan rokok elektronik atau vape.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata operasi itu bukan sahaja bertujuan melindungi golongan lelaki yang merupakan perokok utama, tetapi juga wanita dan ahli keluarga lain yang terdedah kepada asap basi atau passive smoking.
“Data Registri Kanser Kebangsaan menunjukkan sebanyak 8,091 kes kanser paru-paru direkodkan antara 2022 hingga 2023, melibatkan 5,251 lelaki dan 2,840 wanita,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) berhubung pendirian kementerian terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik dan vape dalam negeri masing-masing.
Dzulkefly berkata KKM mengalu-alukan dan menyokong pendirian enam kerajaan negeri yang mengambil sikap untuk tidak memperbaharu lesen penjualan rokok elektronik atau vape kepada premis-premis untuk menjual vape.
Menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH-Bentong) mengenai isu dadah dalam vape, beliau berkata kementerian sedang meneliti pengharaman segera terhadap penggunaan sistem terbuka yang membolehkan cecair vape diubah suai atau dicemari dengan bahan terlarang.
“Bagi tempoh hingga Jun 2025, sebanyak 58 kertas siasatan dibuka dan hampir 70 peratus daripadanya didapati positif bahan-bahan terlarang dalam vape (antaranya) methamphetamine dan syntheticcannabinoids,” katanya.
Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly berkata KKM sedang meneliti secara terperinci langkah ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape di Malaysia.
“Akta 852 ialah akta kawal selia dan tidak menyentuh soal pengharaman, jika pengharaman mahu dilaksanakan, ia perlu berdasarkan cadangan baharu,” katanya.
Beliau berkata sebarang cadangan pengharaman penuh akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk bukti saintifik, kes EVALI (kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape), aspek perundangan, implikasi terhadap industri, ekonomi serta keberkesanan penguatkuasaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.