KUALA LUMPUR: Qatar Charity dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) semalam melancarkan klinik pertama memberikan khidmat penjagaan kesihatan kepada kelompok pelarian di Malaysia.
Majlis perasmian
Klinik Kemanusiaan Qatar Fund for Development (QFFD) di Ampang itu dirasmikan Ketua
Pegawai Eksekutif YKN, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Presiden Mercy Malaysia,
Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dan Pengarah Qatar Charity di Malaysia,
Karam Zeinhom.
Klinik itu
ditaja sepenuhnya oleh QFFD bagi tempoh tiga tahun membabitkan kerjasama tiga
badan kemanusiaan iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia),
Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysian
Relief Agency (MRA) dengan sokongan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
Klinik terbabit menyediakan khidmat penjagaan kesihatan primer merangkumi rawatan pesakit luar, vaksinasi dan program pendidikan kesihatan dengan matlamat akhir membolehkan pelarian kembali ke negara asal selepas konflik di negara mereka tamat.
Ia juga bertujuan mengurangkan beban dalam sistem penjagaan kesihatan awam di Malaysia. Ketika ini, terdapat lebih 180,000 pelarian di Malaysia, termasuk dari Myanmar, Syria, Afghanistan, Sri Lanka, Somalia dan negara lain.
“Pembukaan klinik ini membabitkan kerjasama pelbagai pihak, termasuk penerima manfaat (pelarian) itu sendiri,” kata Dr Ahmad Faizal dalam kenyataan Mercy Malaysia di sini, menjelaskan projek itu membabitkan kerjasama pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan agensi antarabangsa.
Che Asmah pula
berharap pembukaan klinik itu akan mengurangkan beban dan komplikasi di
hospital kerajaan.
“Dalam jangka masa sederhana dan panjang, kita menyasarkan untuk menangani potensi masalah kesihatan awam seperti penularan penyakit secara efektif. Kami berterima kasih kepada QFFD dan Qatar Charity atas sokongan mereka,” kata Che Asmah.
Empat lagi klinik statik seumpamanya akan dibuka dalam tempoh tiga tahun. Manakala empat klinik bergerak akan dijalankan di kawasan populasi pelarian yang tinggi di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
Pingback: Klinik Untuk Pelarian Dibuka Di Malaysia - Islam Itu Indah