KOMUNITI ‘GENG 5AM’ BANTU PEJUANG TAHAJUD KONSISTEN BANGUN PAGI
Geng 5AM yang diasaskan Khairi Aizat Hasan, 35, sejak 2021 bertujuan untuk mengumpulkan para pejuang tahajud dan menjadikan ibadah itu lebih menyeronokkan untuk dilakukan setiap hari.
KUALA LUMPUR: Geng 5AM yang diasaskan Khairi Aizat Hasan, 35, sejak 2021 bertujuan untuk mengumpulkan para pejuang tahajud dan menjadikan ibadah itu lebih menyeronokkan untuk dilakukan setiap hari.
Katanya, ramai umat Islam terutama golongan muda mahu melakukan tahajud namun sukar untuk konsisten disebabkan cabaran bangun pagi selain kurang semangat apabila melakukannya sendirian.
Atas perkara itu, Khairi menggerakkan usaha mewujudkan komuniti Geng 5AM yang mengumpulkan para pejuang tahajud dengan melakukan aktiviti dakwah melalui dalam talian.
“Selepas melakukan solat sunat tahajud, Geng 5AM ini akan berkumpul dalam panggilan video untuk kita mendengar perkongsian ilmu dari individu-individu yang kami jemput ataupun dari peserta sendiri.
“Di Malaysia ini ramai sebenarnya yang suka untuk bangun pagi dan mengerjakan tahajud, cuma kadang-kadang bila tiada rakan semangat dia kurang sikit.
“Bila ada komuniti seperti ini dengan aktiviti-aktiviti yang kita anjurkan dia ada semangat tambahan dan ibarat satu vitamin di pagi hari mendengar perkongsian dalam panggilan video,” katanya.
Khairi juga berkongsi, perubahan dalam bentuk rezeki yang dirasainya melalui ibadah tahajud yang kerap dilakukan.
Oleh itu beliau mengajak orang ramai untuk kerap melakukan ibadah tahajud dan boleh juga menyertai Geng 5AM yang bergerak aktif di laman Facebook untuk meraih manfaat dari ilmu-ilmu yang dikongsikan ahli komuniti.
Sementara itu Pengasas Bersama 5AM, Madiha Hasan, 29, berkata komuniti itu mendapat sambutan generasi muda yang menggemari perkongsian ilmu secara santai. Menurutnya selain panggilan video, Geng 5AM turut menyediakan ‘podcast’ membincangkan pelbagai ilmu tasawuf dan rohani di platform Telegram dan Spotify.
“Anak muda mereka sukakan perkongsian ilmu secara santai. Jadi untuk memastikan mereka minat terhadap ilmu-ilmu berkaitan agama kita perlu menggunakan cara mereka minati dan memanfaatkan penggunaan media sosial,” katanya.
Setakat ini Geng 5AM mempunyai kira-kira 17,000 pengikut di Facebook dan panggilan video Komuniti Pejuang Tahajud dibuat di platform Zoom setiap hari dari 4.30 pagi hingga 5.30 pagi. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked