KONFLIK IRAN-ISRAEL: KESELAMATAN JEMAAH HAJI JADI KEUTAMAAN KERAJAAN – MOHD NA’IM
KUALA LUMPURL Keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan Tabung Haji (TH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Lebih 2,000 bakal jemaah haji menghadiri Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan. – Bernama
KUALA LUMPURL Keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan Tabung Haji (TH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata kerajaan dan TH bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi, khususnya Kementerian Haji dan Umrah negara itu bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji Malaysia.
“Jaminan daripada Kementerian Haji dan Umrah pada saya, mereka nak pastikan bahawa apa sahaja musibah yang berlaku, mereka ini sudah ada alternatif yang mereka akan lakukan.
“Apa yang penting untuk jemaah haji, dengan niat yang kita ada untuk menunaikan haji, kita sama-sama doakan Allah mudahkan dan beri keselamatan kepada kita,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan, semalam.
Mohd Naim berkata pihaknya turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan dan suasana perang di antara Iran dan Israel.
“Maklumat yang kita terima setakat ini keadaan adalah terkawal. Saya beri jaminan di sini, kebajikan, keselamatan jemaah haji itu keutamaan kita, sama ada di peringkat kerajaan Arab Saudi, kerajaan Malaysia dan TH.
“Kita ingin pastikan keselamatan jemaah haji terjamin. TH dan kerajaan mengikuti rapat suasana di Timur Tengah dan kita akan memaklumkan kepada jemaah haji tentang perkembangan daripada semasa ke semasa,” katanya.
Dalam pada itu Mohd Na’im berkata seramai hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi, bagi memudahkan urusan para jemaah haji.
Beliau berkata kesemua petugas tersebut telah diberikan kursus sebagai persediaan sebelum mereka berlepas ke tanah suci.
“Petugas TH akan memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan jemaah haji tahun ini, mudah urusan mereka daripada semua aspek meliputi aspek ibadat, kesihatan dan kebajikan,” katanya.
Terdahulu di dalam ucapannya Mohd Na’im mengingatkan bakal haji, supaya mempersiapkan diri sama ada daripada aspek mental, kekuatan fizikal dan kefahaman yang jelas, berhubung manasik haji yang bakal dilakukan.
Selain itu beliau turut menasihatkan bakal haji supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dengan melakukan senaman ringan dan mengambil makanan yang sihat, agar terus kekal sihat sepanjang berada di tanah suci.
“Pada masa sama, saya amat berharap para jemaah haji Malaysia sentiasa menjaga disiplin dan sentiasa patuh kepada peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dan juga Tabung Haji,” katanya.
Kursus Perdana Haji ini merupakan kursus persediaan terakhir untuk bakal jemaah haji, sebelum berangkat ke tanah suci dan dianjurkan bermula 20 April hingga 5 Mei di 17 buah lokasi terpilih seluruh negara, yang menghimpunkan seramai 31,600 bakal haji.
Kursus ini memberi lebih fokus kepada latihan praktikal manasik haji seperti tawaf, sa’ie, berwukuf dan melontar jamrah, sekali gus memberi sedikit sebanyak gambaran suasana sebenar di tanah suci. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager