KONFLIK PALESTIN: MALAYSIA DAN JERMAN GESA GENCATAN SENJATA KEKAL DILAKSANAKAN DI GAZA
Scholz berkata Jerman yang dikenali sebagai sekutu Israel bersetuju dengan Malaysia bahawa gencatan senjata kekal perlu dilaksanakan bagi mencari penyelesaian secara aman dalam krisis di Gaza.
BERLIN: Malaysia dan Jerman hari ini menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.
Ketika membuat gesaan itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Canselor Jerman Olaf Scholz berkata komuniti antarabangsa perlu merealisasikan penyelesaian dua negara bagi menoktahkan konflik yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad di timur tengah.
“Kadangkala kita berbeza pendapat namun saya rasa dalam isu seperti peperangan di Gaza, kita mencapai kata sepakat bahawa gencatan senjata perlu dilaksanakan segera manakala bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Palestin,” katanya pada sidang akhbar bersama Scholz.
Terdahulu, Anwar yang berada di Berlin dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke Jerman telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Scholz dan konflik di Gaza, penyelesaian dua negara serta kesengsaraan rakyat Palestin adalah antara isu yang dibincangkan.
Anwar berkata Malaysia mengakui bimbang dengan insiden pada 7 Okt 2023 ketika konflik antara Hamas dengan Israel bermula namun merayu kepada masyarakat Eropah dan Jerman khususnya untuk mengambil maklum fakta bahawa kekejaman, penindasan dan perampokan ke atas rakyat Palestin sudah berlaku selama berdekad-dekad sebelum itu.
Bercakap mengenai isu sama, Scholz berkata Jerman yang dikenali sebagai sekutu Israel bersetuju dengan Malaysia bahawa gencatan senjata kekal perlu dilaksanakan bagi mencari penyelesaian secara aman dalam krisis di Gaza.
Canselor Jerman itu berkata mereka kini menjalin kerjasama rapat dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Arab bagi mengekang peningkatan pertempuran serta mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
“Saya harap kita akan dapat merealisasikan pelaksanaan gencatan senjata kekal sepanjang Ramadan ini pembebasan tawanan oleh Hamas. Ini boleh membawa kepada penyaluran lebih banyak bantuan ke Gaza,” kata Scholz yang menambah beliau gembira Anwar memilih untuk berkunjung ke Jerman pada hari pertama Ramadan dan berbuka puasa dengan delegasi Malaysia.
Ditanya sama ada pertemuan hari ini mampu mempengaruhi pelaksanaan gencatan senjata serta-merta di Gaza, Anwar berkata kedua-dua negara boleh memainkan peranan masing-masing dalam mencari penyelesaian berhubung perkara itu.
“Jerman mempunyai hubungan yang baik dengan Israel dan kami mempunyai hubungan yang sedikit lebih baik dengan Palestin. Satu-satunya penyelesaian ketika ini ialah gencatan senjata kekal manakala penyelesaian akhir ialah dua negara dan ini boleh dilakukan jika komuniti antarabangsa mempunyai keberanian dan komitmen,” kata Perdana Menteri.
Mengulas mengenai hubungan Malaysia dengan Hamas, Anwar berkata dasar luar negara selama ini adalah konsisten dan merujuk pendirian Malaysia yang menentang aparteid serta pembersihan etnik.
Beliau berkata Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas namun menegaskan bahawa negara ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan militan.
Anwar juga berkata kekejaman yang berlaku sebelum ini selama berdekad-dekad juga tidak boleh dipadamkan dengan hanya melihat kepada sebelah pihak.
“Penyelesaiannya? Ia bukan sekadar membebaskan tawanan. Ya, ya, saya pernah menyatakan kebimbangan dan meminta mereka dibebaskan. Namun adakah selepas itu kita akan menyaksikan semuanya dinoktahkan. Bagaimana pula dengan penempatan (yang diduduki oleh penceroboh dari Israel)?” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager