KONFLIK UKRAINE-RUSIA: UKRAINE DAKWA 21 WARTAWAN TERBUNUH

Sumber Gambar:AFP

KYIV: Parlimen Ukraine pada Sabtu mendedahkan seramai 21 wartawan telah terkorban sejak operasi ketenteraan Rusia bermula pada 24 Feb.

Nama-nama wartawan yang maut termasuk dari agensi media asing didedahkan dalam laporan Jawatankuasa mengenai Kebebasan Bersuara, dan diterbitkan di laman sesawang parlimen, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 1,982 orang awam terbunuh dan 2,651 lagi cedera sejak permulaan perang, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.

Lebih 4.8 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran, dan lebih tujuh juta lagi hilang tempat tinggal.–AlHijrah Online

Leave a Reply