Seorang konsultan perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.
KOTA BHARU: Seorang konsultan perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.
Tertuduh, Khairul Khizaini Zamsani, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan dua orang yang telah dituduh iaitu, Aznizan Yusof, 47, dan Nor Asri Che Husin, 43, didakwa menggunakan laman sosial Facebook secara sedar dengan mewujudkan dan memulakan penghantaran iklan perasmian kedai emas A&K Gold and Jewelleries dengan menggunakan gambar Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang tertuduh ketahui iklan itu adalah palsu.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 16 Okt tahun lepas padajam 6.55 petang di sebuah premis di Kampung Pasir Kota, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad mencadangkan jaminan RM10,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli memohon jaminan dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Gong Badak, Terengganu setiap bulan dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan semula kes.
Pada Oktober tahun lepas, media melaporkan seorang pengurus dan pekerja kedai emas, Aznizan dan Nor Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gambar Tengku Muhammad Fakhry Petra tanpa kebenaran untuk mengiklankan perasmian premis mereka di Facebook.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.