CULIK KANAK-KANAK SATU LAGI KEKEJAMAN ISRAEL YANG PERLU DILALUI KELUARGA PALESTIN DI GAZA
Menculik kanak-kanak berambut keperangan atas alasan kononnya mereka warga Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza merupakan satu lagi taktik kejam dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin, terutama di Gaza selain serangan berterusan terhadap orang awam sehingga ke hari ini.
GAZA: Menculik kanak-kanak berambut keperangan atas alasan kononnya mereka warga Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza merupakan satu lagi taktik kejam dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin, terutama di Gaza selain serangan berterusan terhadap orang awam sehingga ke hari ini.
Rushdi al-Zhaza, 25, yang tinggal di kejiranan al-Zaytoun, timur Kota Gaza menghadapi situasi sedemikian lebih sebulan lalu apabila tentera Israel menyerbu rumahnya dan beliau sekeluarga diusir keluar tanpa sebab.
Menceritakan keadaan cemas itu, beliau berkata mereka dikumpulkan bersama keluarga penduduk lain di satu lokasi sebelum diseksa dengan tangan diikat dan mata ditutup dengan kain.
Rushdi menjelaskan tentera Israel menyentapdua anaknya yang berambut keperangan, Muhammad (4 tahun) dan Zayn (6 bulan) dari pelukan isterinya, Hadeel Al-Dahdouh yang berusia 22 tahun.
“Isteri saya juga dipukul, ditanggalkan tudungnya, kemudian diikat sebelum dibawa ke tempat lain yang tidak diketahui sehingga saat ini.
“Mereka mendakwa dua kanak-kanak kecil itu, berambut perang berkemungkinan adalah antara rakyat Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza.
“Tanpa pemeriksaan lanjut mereka terus merampas anak-anak saya,” katanya kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Beliau berkata setiap kali serbuan tentera Israel, rakyat Gaza diperlakukan tanpa belas kasihan seperti dihentak kepala dengan bucu senapang, diheret dan ditendang tanpa mengira lelaki atau wanita di hadapan anak-anak.
“Mereka tidak menghiraukan anak-anak yang menangis ketakutan malah menyeksa ibu bapa, mereka juga dipaksa mendiamkan anak-anak yang menangis,” katanya.
Nasib malang yang dihadapi Rushdi yang tidak mengetahui keadaan isteri dan dua anaknya, turut dikongsi oleh ramai lagi keluarga dan rakyat Palestin di Gaza yang sama kehilangan ramai ahli keluarga sejak 7 Okt tahun lalu.
Setakat ini, serangan dan pengeboman berterusan Israel di Semenanjung Gaza, terutamanya kawasan tengah dan selatan telah mengakibatkan kematian melebihi 23,000 orang dengan 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.
Beberapa akhbar Israel turut melaporkan bahawa seorang pegawai tentera Israel telah menculik seorang bayi perempuan dari sebuah rumah di Semenanjung Gaza selepas semua ahli keluarganya terkorban dalam pengeboman, tanpa mendedahkan tarikh kejadian itu.
Laporan itu mendedahkan selepas penculikan itu, pegawai tentera berkenaan telah terbunuh semasa pertempuran di Gaza, namun nasib dan lokasi bayi perempuan itu masih tidak diketahui.
Menurut seorang wanita Palestin yang enggan dikenali berkata tentera Israel telah menahan seorang remaja perempuan berambut perang yang dianggarkan berumur 12 tahun yang ketika itu bersama ibu bapanya dan cuba menculiknya.
Beliau berkata ibu bapa gadis itu cuba menghalang tentera daripada berbuat demikian dan beliau mendengar seorang daripada mereka berkata: “Mereka akan mengambil remaja itu dengan alasan dia adalah rakyat Israel yang telah ditahan” walhal gadis itu jelas berbangsa Arab dan sedang bersama keluarganya.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada 4 Jan, seramai 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus penduduk Gaza dianggarkan telah hilang tempat tinggal sejak 7 Okt.
Agensi itu berkata sekurang-kurangnya 60,000 pelarian mencari perlindungan di pusat perlindungan UNRWA terutama di kawasan tengah dan selatan Gaza dengan jumlah keseluruhan mencecah hampir 1.2 juta orang.
Pada masa sama, UNRWA juga menganggarkan terdapat 50,000 wanita hamil di Gaza dan lebih 180 wanita melahirkan anak setiap hari.
“Sebanyak 718 kes selepas bersalin dan berisiko tinggi telah dirawat di pusat kesihatan antara tempoh 30 Nov – 2 Dis. Di samping itu, penjagaan selepas bersalin diteruskan di pusat perlindungan dengan 1,322 kes telah ditangani sejak 7 Okt,” kata agensi itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.