PENGARAH AGENSI PELANCONGAN DIPERINTAH BELA DIRI, IKLANKAN PAKEJ HAJI FURADA TANPA LESEN
Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah syarikat agensi pelancongan membela diri atas pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga Tabung Haji, dua tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah syarikat agensi pelancongan membela diri atas pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga Tabung Haji, dua tahun lepas.
Hakim Mohd Kafli Che Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Pengarah UC Travel Sdn Bhd Agus Rizal Mat Ali, 52, di akhir kes pendakwaan.
“Setelah mendengar keterangan lapan orang saksi pendakwaan serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dalam kes ini dan tertuduh diarah membela diri atas pertuduhan terhadapnya.
“Tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pendakwaan atau memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas,” kata hakim itu.
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.
“Bagaimanapun, saya masih belum mendapat arahan daripada anak guam mengenai saksi-saksi lain yang akan dipanggil. Mohon mahkamah tetapkan tarikh untuk membela diri,” katanya.
Mahkamah menetapkan prosiding membela diri pada 23 Feb dan 1 Mac ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohd Nawi.
Pada 9 Ogos 2022, Agus Rizal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada bagi musim 2022M/1443H dengan memuat naik di media sosial Facebook milik syarikat itu, bahawa dia boleh menjalankan atau membuat transaksi perniagaan sebagai pengelola perjalanan haji ke tanah suci.
Perbuatan itu bagi tujuan menunaikan haji sedangkan syarikat tersebut tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji secara sah daripada Lembaga Tabung Haji.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabatnya di Platinum Walk, Jalan Langkawi 2, Danau Kota di sini pada 9 Mei lepas, mengikut Seksyen 27 (1) (b) Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27 (2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked