Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORBAN BANJIR KINI 46 ORANG, LIMA MASIH HILANG

DALAM NEGARA

KORBAN BANJIR KINI 46 ORANG, LIMA MASIH HILANG

SHAH ALAM: Jumlah keseluruhan angka kematian akibat banjir yang direkodkan di seluruh negara kini berjumlah 46 orang setakat jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata lima lagi mangsa pula dilaporkan masih hilang.

“Daripada 46 kematian yang direkodkan, 25 kematian adalah di Selangor, 18 kematian di Pahang dan tiga kematian di Kelantan.

“Lima yang masih hilang kita harap dapat jumpa secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda, di sini, hari ini.

Sementara itu beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan 377 anggota di seluruh negara bagi memantau kes pecah rumah dan curi kenderaan.

Tegasnya pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan melakukan jenayah ketika negara sedang dilanda bencana banjir. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading