Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: 57 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN DI HUBEI

DUNIA

KORONAVIRUS: 57 LAGI KEMATIAN DILAPORKAN DI HUBEI

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 lagi kes disahkan novel koronavirus dilaporkan pada Ahad di China.

Kedutaan China di Malaysia hari ini berkata 2,829 kes baharu telah disahkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,205, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara China.

Sementara itu, 57 kematian dilaporkan (56 di wilayah Hubei dan satu di Perbandaran Chongqing), menjadikan angka korban setakat ini sebanyak 361 pada tengah malam Ahad.

Setakat ini, 475 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

“Pada masa ini, 189,583 mereka yang berhubung rapat dengan pesakit telah dikesan, 10,055 orang dibebaskan daripada pemantauan perubatan manakala 152,700 lagi masih dalam pemerhatian,” menurut kedutaan itu dalam Facebooknya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading