Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: SABAH TELITI KEPERLUAN BEKALKAN ALAT PENCEGAHAN KEPADA PETUGAS DI PINTU MASUK NEGERI

DALAM NEGARA

KORONAVIRUS: SABAH TELITI KEPERLUAN BEKALKAN ALAT PENCEGAHAN KEPADA PETUGAS DI PINTU MASUK NEGERI

SEMPORNA: Kerajaan negeri Sabah meneliti keperluan membekalkan peralatan pencegahan untuk petugas seperti anggota penguat kuasa yang memeriksa warga asing di pintu masuk negeri bagi mengelak penularan wabak koronavirus.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata wujud keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada petugas terlibat bagi mencegah jangkitan virus itu.

“Saya ingat Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Pelajaran dan Inovasi sedang mengusahakan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Warisan Sabah cawangan Bandar Baru Semporna di sini, malam tadi.

Beliau berkata Sabah juga mengambil langkah berjaga-jaga memperketatkan pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Kita ambil langkah proaktif, pencegahan, misalnya meletakkan kemudahan saringan kesihatan untuk mengesan tahap kesihatan pelancong yang datang,” katanya.

Setakat ini, dilaporkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura disahkan positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) . — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading