Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melancarkan Jualan Rahmah Beras bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaan beras tempatan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melancarkan Jualan Rahmah Beras bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaan beras tempatan.
Timbalan menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata melalui program itu pengguna boleh mendapatkan beras pada harga subsidi, menerusi peruntukan RM150 juta yang telah diluluskan di Parlimen.
“Beras merupakan barang kawalan yang KPDN tiada kuasa untuk mengawal harganya. Akan tetapi apabila hari-hari kita mendengar rintihan rakyat, maka KPDN cuba mencari jalan bagaimana dalam ruang lingkup KPDN kita boleh selesaikan isu kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan seperti yang didakwa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi KPDN di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, katanya menyedari kebergantungan negara kepada barangan mentah yang diimport seperti gula dan bawang, KPDN telah melaksanakan beberapa mekanisme bagi mengawal harga barangan itu supaya tidak membebankan rakyat.
“Ya, sekarang ini Malaysia banyak mengharapkan kepada barang import… sebab itu kita terikat dengan dasar negara lain contohnya India tak mahu eksport gula dan ingin menaikkan cukai eksport bawang, maka tentu ia akan meninggalkan kesan kepada negara kita.
“Bagaimanapun kita cuba kawal sebaik mungkin. Contohnya kita letak harga siling supaya kita boleh kawal seperti gula. Kemudian ada yang kita kawal dan subsidikan seperti telur gred A, B dan C. Di samping itu kita juga ada Jualan Rahmah dan kita beri diskaun 10 hingga 30 peratus,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked