Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERSEPIT LORI RORO TERBALIK

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERSEPIT LORI RORO TERBALIK

Seorang pemandu lori maut tersepit selepas lori Roll On Roll Off (RORO) dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik, dalam kejadian di Jalan Bukit Kerayong, di Kapar, tengah hari tadi.

KAPAR: Seorang pemandu lori maut tersepit selepas lori Roll On Roll Off (RORO) dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik, dalam kejadian di Jalan Bukit Kerayong, di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.21 tengah hari sebelum anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah lori RORO dipercayai hilang kawalan dan terbalik dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an.

“Mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan kira-kira jam 1.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading