Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENAGIH GAM SERANG KERETA POLIS GUNA PARANG

DALAM NEGARA

PENAGIH GAM SERANG KERETA POLIS GUNA PARANG

BEAUFORT: Seorang lelaki dipercayai dalam keadaan khayal akibat ketagihan gam bertindak mengamuk dan cuba menyerang kenderaan polis menggunakan parang, di Kampung Kiambor, Kuala Penyu, Beaufort, semalam.

BEAUFORT: Seorang lelaki dipercayai dalam keadaan khayal akibat ketagihan gam bertindak mengamuk dan cuba menyerang kenderaan polis menggunakan parang, di Kampung Kiambor, Kuala Penyu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Dept Supt Ismail Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam apabila sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kuala Penyu dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menerima maklumat mengenai seorang lelaki berusia 40 tahun mengamuk di kampung berkenaan.

“Ketika kejadian, lelaki terbabit tiba-tiba keluar dari kawasan semak dan bertindak menyerang kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan parang dan terus melarikan diri.

“Suspek kemudian berjaya ditahan namun ketika ditahan, suspek tidak memberikan kerjasama sambil kedua-dua belah tangannya memegang parang dan pisau pemotong daging,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506, Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya.

“Suspek ditahan kerana mengugut secara jenayah dan menghalang anggota polis menjalankan tugas serta merosakkan dua kenderaan milik PDRM dengan menggunakan parang.

“Siasatan awal mendapati, punca suspek mengamuk kerana disyaki khayal dan seorang penagih gam,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading