Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KPM PERKENAL MYSTEP DI 274 SEKOLAH MENENGAH KURANGKAN BEBAN GURU

DALAM NEGARA

KPM PERKENAL MYSTEP DI 274 SEKOLAH MENENGAH KURANGKAN BEBAN GURU

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pada fasa awal pelaksanaan, seramai 548 pembantu guru MySTEP akan ditempatkan di sekolah menengah yang mempunyai 1,500 murid atau lebih serta di tujuh Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Gambar FAIL

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif Pembantu Guru Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) di 274 sekolah menengah seluruh negara sebagai langkah memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pada fasa awal pelaksanaan, seramai 548 pembantu guru MySTEP akan ditempatkan di sekolah menengah yang mempunyai 1,500 murid atau lebih serta di tujuh Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

“Inisiatif ini adalah antara usaha KPM bagi memastikan isu yang terkait dengan beban tugas guru dapat ditangani, sekali gus meningkatkan kesejahteraan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Fadhlina berkata inisiatif ini merupakan kali pertama dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah KPM untuk meringankan beban tugas guru, membolehkan mereka memberi fokus sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) di bilik darjah.

Semalam, ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja bagi KPM di Dewan Rakyat, beliau menegaskan bahawa usaha ini selaras dengan komitmen kementerian dalam memperkasakan ekosistem pendidikan dan memastikan kesejahteraan tenaga pengajar terus diberi keutamaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading